Wednesday, April 22, 2009

Aku berlari sambil berfikir: Jam, Kasut dan Nasi Bungkus

"Adakah harga barang-barang di Malaysia ini sudah mula melambung tinggi ataupun sudahpun lama saya tidak pergi ber-shopping sehingga saya tidak tahu bahawa inilah harga pasaran sekarang..."


3 kejadian berlaku pada tanggal 22 bulan 4 2009 (hari ini). Jam tangan Casio saya yang berharga RM5, talinya telah putus. kebetulan pula saya perlu mencari kasut berkulit hitam supaya dapat memberi penampilan yang bergaya, bermutu dan berkeunggulan pada sesi temuramah saya di Subang Jaya esok. Ini bermakna saya boleh melakukan 2 pekara dalam satu masa di pasar raya Bintang Bandar Baru Bangi.

Aktiviti membeli belah adalah sesuatu sifat dan kekuatan yang tidak dapat saya warisi dari ibu saya. Beliau mampu menghabiskan waktu berjam-jam untuk mencari sesuatu barang yang dapat menawarkan harga yang paling best sekali.

Saya pernah mencubai teknik membeli belah ibu saya, tapi saya gagal dengan teruknya; saya pulang tanpa membeli apa-apa pun kerana keletihan dan pening kepala.

Hari ini, aku berhasrat untuk mencapai maklamat saya untuk membeli kasut berkulit hitam!

Sebelum bermula saya nak tanya satu soalan:

Adakah harga barang-barang di Malaysia ini sudah mula melambung tinggi ataupun sudahpun lama saya tidak pergi ber-shopping sehingga saya tidak tahu bahawa inilah harga pasaran sekarang... Wajarkah saya untuk meletakkan budget saya dalam lingkungan tidak melebihi RM40.00 untuk sepasang kasut berkulit hitam.

Ramai orang pernah berkata bahawa saya ini masih tinggal pada zaman 1990; Pada era dimana sebungkus nasi lemak hanya berharga 30sen pada masa itu.

Biar saya memendekkan ekspedisi aku mencari kasut dan repair jam. Untuk mencari kasut berkulit hitam yang berharga kurang dari RM40.00 adalah mustahil. Semuanya berharga lebih kurang RM59.90; itupun kasut yang berjenama entah punya nama seperti: Alpha Roman?!?! Mr. X?!?!? Italiano?!?!?!? ePoch?!?!? SwissPolo?!?!?

Kamu semua tentu ingat saya patut cuba kasut berjenana BATA. Saya ada pergi check, harganya lebih dahsyat tak ingat tuahn punya... kasut ofis biasa pun sudah mencecak RM69.90.

Ok.. So, saya dengan hati yang kedekut pun pergi ke kedai Hardware, beli gam getah. Habis itu gua pun pergi ke kedai kasut beli satu botol cat kasut berwarna perang pekat. Aku telah memutuskan untuk tidak membeli kasut berkulit hitam; saya bagaimanapun akan repair kasut saya yang telah berumur 4tahun. Jimat dan juga 'KIAM SIAP"- Chinaman punya motto.

Tanpa membuang masa, saya terus pergi ke kedai jam untuk mengantikan tali kulit jam Casio saya. Ha, ini adalah suatu pengajaran... jangan sekali - kali memandang remeh tentang benda-benda yang kecil kerana benda-benda yang remeh-temehlah akan berkemungkinan menjadi pemediah hati dan mata nanti.

Saya ingat tali kulit jam saya tak mahal. Saya menjangka ianya akan berharga RM5 begitu. Saya terus memberi jam saya kepada Tuan kedai itu dan berkata kepada beliau... "tukar yang sama punya saya datang ambil nanti."

Apabila saya pergi mengambil balik jam saya, dia mengemukakan saya sebuah resit berharga RM18.... :-(

Cuba bayangkan, jam Casio ini hanya berharga RM5... skrang dia charge saya RM18 untuk tali kulitnya. Kalau saya tahu, lebih baik gua beli jam yang baru!!!!

>>>>>

Hari ini saya training di dalam UKM. Satu lap di UKM adalah 3.1km. Saya melakukan 3 lap.

Lap 1: 21min 32saat

Lap 2: 23min 13saat

Lap 3: 22min 22saat


Jumlah jarak perlarian: 9.3km (setiap lap tidak mengira masa rehat selama 5minit)

>>>>>>

Harga makanan sudahpun melambung tinggi. Selepas training, saya seperti biasa pergi membeli nasi campur untuk makan malam.

Nasi sebungkus, telur goreng dan ikan goreng. Cuba agak berapa harganya...? Selalunya, ia berharga RM4.50. Tapi hari ini dia charge saya RM6.00. Dengan malunya saya meminta maaf dan mengata kepadanya bahawa saya hanya membawa RM5 (saya tidak membawa dompet semasa training).

Saya lalu bertanya, berapa harga setiap lauk saya?

NASI: RM1.00 (ini amat terlampau... nasi lemak seringgit pun dah ada telur dan ikan bilis)

Telur: RM1.00 (Harga pasaran untuk telur hanya 30sen - 40sen. Halalkah ini??)

IKAN: RM4.00 (Nelayan Malaysia bermogok ke?)

Kesian orang seperti saya... jika Kerajaan memang berhasrat untuk menolong rakyatnya, tolonglah mahasiswa-mahasiswi di Malaysia ini dulu... suatu hari nanti kita pula akan menjadi penyumbang dan penjana ekonomi Negara. Bak kata kumpulan New Radicals... You Get What You Give...

So PM Najib, give me, to give you... get my drift? 4 years is a very short time.

1 comment:

Hasten said...

There's a DKSH wareshouse sale this weekend. Timex watches going for as cheap as RM45. That's half off the original price! You want?