Sunday, March 22, 2009

Back to Square One

Sejak latihan ke-38, sesi latihan saya sudah mula merosot akibat dari pengurusan masa yang tidak baik. Lebih-lebih lagi, faktor peribadi dan juga luaran yang begitu melemaskan membuatkan saya sering melakukan kesilapan dalam apa jua benda yang saya sedang harungi. Ini adalah salah satu bab dan saat akhir pada hidup saya ini... iaitu untuk mengakhiri ijazah Masters saya, sebelum memulakan satu lagi bab baru - dunia pekerjaan.

Memandangkan konsistensi latihan saya tidak lagi berada dalam keadaan yang teratur, saya telah memutuskan berlatih semula dari angka satu. Walaupun tidak dicatat, latihan terakhir saya adalah latihan ke-40 sebelum mengharungi larian Amal Seri Sinar di Bukit Jalil baru-baru ini.

Sejak Februari 11, 2009, saya hanya berjaya berlatih sebanyak 3 kali sahaja (tidak termasuk 2 hari perlumbaan). Sukar dipercayai bukan? Prestasi saya pula telah merosot, satu pekara yang tidak ingin saya berbincang di sini. Itulah hakikatnya... seorang pelajar yang dikhaskan untuk belajar dan menulis thesis tetapi gatal sangat untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti-aktiviti yang sekarang telah menjadi bebannya. Bak kata orang melayu: bagaikan menggali tanah yang lekuk.

Hari ini dijanjikan permulaan yang baru. Latihan bermula dari pengiraan satu. Saya berlari sejauh 5.1km, tiada tekanan mental untuk melakukan masa yang bagus. Masa tercatat: 37minit 59saat. Tiada masalah, gunakannya sebagai pedoman.

Minggu ini, Saudari Teh Lay Hoon akan mengirimkan saya hadiah hari jadi saya yag sudah lama ku tunggu. Beliau tahu saya kini mula giat berlari sejak tahun lalu. Kerana saya asyik mengadu kepadanya bahawa berlatih seorang diri amat membosankan (tujuan saya adalah menglibatkan beliau dalam latihan berlari), dia telah belikan sebuah MP3 player untuk menemani saya semasa berlatih...

Harap - harap dengan bantuan teknologi saya mampu berlatih dengan lebih giat lagi.

Untuk mengakhiri blog saya hari ini, izinkan saya menggunakan tagline Hasbullah Awang sebagai kata rangkapan: MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

Minggu ini saya menggunakan Bahasa Melayu bagi menyokong Sasterawan - Sasterawan Negara yang sudah lama dipinggirkan dalam konteks pembentukan negara akibat daripada impak globalisasi.

2 comments:

evelyn tea said...

http://jogtunes.com

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.