Kerajaan khabarnya telah memutuskan untuk membatalkan rancangan pemberian buku teks percuma kepada semua murid sekolah di seluruh negara, atas alasan ia memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta.
Jika rancangan ini diteruskan, ia bererti lebih 5 juta (anggaran kasar ialah ada 450,000 murid di setiap tahun persekolahan di Malaysia, didarabkan dengan 11 tahun persekolahan) murid akan mendapat manfaat dari rancangan itu. Ia juga bererti jutaan rakyat Malaysia akan mendapat tempias nikmat dari budi baik Kerajaan itu. Apatah lagi jika diambil kira bahawa wang yang dibelanjakan itu pun, wang rakyat juga.
Yang memusykilkan kita yang hina dina ini ialah, di waktu yang sama, kerajaan melalui Penerbangan Malaysia Berhad, membuat keputusan untuk membeli satu lagi jet eksekutif tambahan untuk kegunaan pembesar-pembesar negara, yang bilangannya boleh dikira dengan jari. Apatah lagi, lebih menyedihkan, ialah wang yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat-rakyat yang hina dina seperti saya dan tuan-puan sekelian jua.
Paduka Menteri Perdana menyebut di dalam Berita Perdana TV3 sekejap tadi bahawa rakyat perlulah berkorban sedikit sebanyak untuk pendidikan anak-anak. Mereka perlu keluarkan belanja sedikit sebanyak untuk pendidikan anak-anak, termasuk membeli buku-buku teks. Itu kata Menteri Perdana, dan saya amat setuju sekali, dengan sedikit "ilah":
Menteri Perdana sudah tidak mempunyai anak-anak di peringkat sekolah lagi. Semua anak-anak Menteri Perdana sudah kaya raya dan menjadi antara rakyat Malaysia yang terkaya. Kami rakyat jelata yang hina dina ini tumpang bangga dengan kejayaan anak-anak menantu Menteri Perdana itu. Tapi wajar juga Menteri Perdana diperingatkan bahawa kos pembelian buku sekolah untuk satu keluarga tipikal di Malaysia bukan sedikit. Kalau satu keluarga membelanjakan purata RM200 untuk seorang anak, bayangkan jumlahnya jika ada lima orang anak yang berada di alam persekolahan. Dan barang diingat, 51% rakyat Malaysia berpendapatan RM1500 atau kurang.
Of course, perbelanjaan RM1000 untuk membeli buku itu, hanyalah "lekat celah gigi" - small change- bagi kebanyakan suku sakat pembesar negara, terutama pembesar yang layak menaiki jet-jet mewah negara. Tapi bagi rakyat yang berpendapatan RM1500 sebulan, wang sejumlah itu sudah mencecah 2/3 dari pendapatan bulanannya.
Apa kata kalau kami rakyat yang hina dina ini juga berkata: Pembesar negara pun juga perlu menunjukkan teladan yang baik. Kalau sudah ada 3-4 buah jet yang semuanya canggih manggih, kenapa perlu beli sebuah jet Airbus mahal mencecah RM200 juta hanya untuk kegunaan seorang dua? Dimanakah kewarasan pertimbangan kita sekarang?Ampunkan patik Menteri Perdana. Sembah patik harap diampun.
souces unknown - circulated through email.
No comments:
Post a Comment